Lindsay Lohan – Hubungan Terkini Antara Hollywood Dengan 1 MDB!

Bos syarikat PetroSaudi International di kota London, Patrick Mahony, baru-baru ini telah dipaksa untuk menafikan khabar angin bahawa dia terbabit membiayai pelakon wanita ‘wild child’ Hollywood, Lindsay Lohan.

Dalam sebuah artikel yang bertajuk “Lindsay Lohan Sugar Daddy Revealed (Pembiaya Lindsay Lohan Didedahkan)?” sebuah syarikat penerbitan The Hollywood Gossip telah berkata:

“Sejak beberapa bulan, kami telah tertanya-tanya siapakah pembiaya Lindsay Lohan, dan kini kami berjaya mendapatkan jawapannya.
“Pemeri maklumat mengatakan bahawa dia sering berkunjung ke London, Lindsay Lohan telah tinggal bersama Patrick Mahony – seorang lelaki yang jauh lebih tua darinya dan sudah mempunyai dua orang anak perempuan” [The Hollywood Gossip]

Lindsay Lohan, yang pernah dipenjarakan kerana penyalahgunaan dadah kokain dan memandu secara merbahaya dan sering mendapatkan rawatan pemulihan dadah, kini telah jatuh miskin walaupun telah berjaya pendapatannya amat lumayan dalam beberapa tahun lalu.

Beberapa artikel berkenaan perkara ini, antara bulan Ogos dan September, menjangkakan Patrick Mahony dapat memberikan penjelasan pada majlis-majlis keramaian Lohan yang mahal-mahal, di samping dia membuat persiapan untuk drama London West West End:

Pembiayanya

Pembiayanya

Majalah The Hollywood Gossip menghuraikan:

“Dengan sejarah “para penyokong” dari kalangan lelaki berusia bagi Lindsay, tidak menghairankan …
Dan siapa tahu? Patrick dan anak-anaknya mungkin dapat mempengaruhinya. Dia dengan jelas telah mengawal perbelanjaan Lindsay. Pada awal minggu ini kredit kad Lindsay telah ditolak selepas dia menjelaskan sebuah bil bar sebanyak $2,500.

Jika ada seseorang yang mampu mengawal perbelanjaan Lindsay, dialah yang menjelaskan belanja minuman keras Lindsay!” [Hollywood Gossip]

Pembiaya rahsia dibiayai dengan wang pembangunan dari Malaysia?

Pembiaya rahsia dibiayai dengan wang pembangunan dari Malaysia?

Pada usia semuda 28 tahun Lindsay Lohan dianggap terlalu muda untuk Patrick Mahony yang sudah separuh usia, yang selaku Ketua Pegawai Pelaburan dalam PetroSaudi International sebaik sahaja mereka berjaya memasuki ‘usahasama’ bernilai $2.2bilion dengan 1MDB.

Pasangan itu telah diambil gambar ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Newark dalam bulan Julai lalu oleh perkhidmatan berita Getty Images, namun mereka telah menafikan semua spekulasi tentang hubungan itu.

Percutian Lindsay dalam bulan Ogos lalu di atas kapal layar Meditarranean. Adakah ianya dibiayai oleh ‘pembiaya rahsianya’?

Percutian Lindsay dalam bulan Ogos lalu di atas kapal layar Meditarranean. Adakah ianya dibiayai oleh ‘pembiaya rahsianya’?

Sarawak Report telah melaporkan bahawa dana syarikat PetroSaudi adalah amat rendah sebelum suntikan menggunakan wang awam Malaysia dari apa yang dinamakan sebagai dana pembangunan, yang telah dimulakan oleh PM Malaysia Najib Razak dengan bantuan seorang kaki pesta yang lain, Jho Low.

 

Namun, para eksekutifnya kini menikmati hidup yang mewah dan serba ada.

PetroSaudi International bermula dengan pelbagai inisiatif setelah mendapat suntikan tunai 1MDB, termasuk membeli bank UBG milik keluarga Taib Mahmud dalam tahun 2009.

Ini mungkin merangkumi penerangan Encik Mahony sebagai seorang wakil pelaburan, walaupun PetroSaudi telah muncul terutamanya terlibat dalam penerokaan minyak.

Namun apa yang telah membingungkan ramai pemerhati di Malaysia kini adalah melihat pulangan yang amat kecil berbanding pelaburan $2.2bilion yang disuntik ke dalam apa yang dinamakan sebagai ‘usahasama’ dengan PetroSaudi sejak 2009 telah diakaunkan.

Nampaknya semua wang tunai yang disuntikkan ke dalam usahasama itu telah sebenarnya berasal dari 1MDB sahaja dan bahawa PetroSaudi bukanlah sebuah badan pelaburan, sepertimana diiklankan pada awalnya.
Akibatnya, 1MDB telah menarik diri dari usahasama yang sungguh memalukan itu pada tahun 2011, dengan menjadikan dirinya sebagai pembiaya kepada PetroSaudi untuk menyertai usahasama itu.

Namun, sehingga kini para pengkritik telah menunjukkan bahawa 1MDB telah gagal bersikap telus terhadap wang asal, selain memberikan penjelasan yang kabur bahawa ianya sedang diuruskan oleh sebuah akaun di Kepulauan Cayman!

Adakah pesta-pesta Lindsay Lohan dibiayai menggunakan pelaburan yang mendapat suntikan 1MDB?

Adakah pesta-pesta Lindsay Lohan dibiayai menggunakan pelaburan yang mendapat suntikan 1MDB?

Maka, dengan banyak bukti bahawa gaya hidup mewah yang dinikmati Lindsay Lohan dan hubungannya dengan PetroSaudi, para pengkritik berhak untuk mengetahui sama ada sekali lagi, pewaris-pewaris utama pada wang 1MDB adalah sebenarnya para penggemar pesta dan majlis keramaian di Hollywood, Las Vegas dan Mediterranean?

1MDB dilihat sebagai pembangun kemewahan di semua tempat yang salah

1MDB dilihat sebagai pembangun kemewahan di semua tempat yang salah

Para pemeharti 1MDB telah mendapati bahawa perempuan boros Paris Hilton pernah berpesta-ria bersama jutawan muda Malaysia, Jho Low, yang dirinya dikaitkan rapat dengan dana Malaysia yang dibelengu hutang.

Dia membiayai Paris Hilton sebanyak satu juta dollar untuk menghadiri setiap pesta yang dikelolanya.

Kemudian kita telah dengar mengenai filem Wolf Of Wall Street, yang didakwa dibiayai oleh Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, seorang CEO dalam Aabar Investments yang juga merupakan rakaniaga kepada 1MDB.

Filem bernilai $100juta dollar itu telah dikeluarkan oleh anak tiri Najib Razak.

Kemudian, kita telah dihidangkan dengan seorang lagi wakil khas PetroSaudi, yang dibayar upah sebanyak $65,000,000 sebulan, adalah sebenarnya bekas PM UK, Tony Blair.

Sebagai memperkenalkan sifat berderma, Jho Low telah menyuntik $50juta ke dalam pusat kanser di Texas dan $24juta lagi ke dalam sebuah badan di PBB, dan dalam pada itu, pemilik PetroSaudi, Tarek Obaid telah mengikat usahasama dengan Formula 1 dan membiayai Klinik Mayo yang mewah di US pada nilai $10juta.

Tujuan sebenar dana itu adalah untuk membawa kekayaan pada rakyat Malaysia yang miskin, namun semuanya itu telah disalahgunakan.

Kini semua pihak tahu bahawa dana 1MDB yang bernilai $40bilion adalah wang yang dipinjam.

Marilah kita berharap agar wang dari dana itu tidak digunakan untuk menyokong tabiat buruk Lindsay Lohan!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments