LESTER MELANYI DIBUKTIKAN BERBOHONG!

UMNO harus menyemak semula gambar ini untuk mendedahkan bahawa cerita Lester itu adalah bohong

UMNO harus menyemak semula gambar ini untuk mendedahkan bahawa cerita Lester itu adalah bohong

Sejak dari awal lagi Lester Melanyi yang melakon menjadi seorang yang membuat pengakuan telah dikenalpasti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan bukti atas talian yang telah diterbitkan dalam Sarawak Report.

Persoalannya, mengapakah ketua penerangan BN, Abdul Rahman Dahlan, telah dengan begitu cepat mengundang rasa malu dan gelak ketawa ke dalam kerajaannya dengan mempercayai Lester sebagai alasan untuk menyekat laman web Sarawak Report dari dibaca di Malaysia?

Sejak beberapa hari lalu Lester tekah mengakui bahawa dia dibayar upah, sambil menawarkan beberapa siri tuduhan dalam beberapa siri video yang direka untuk NGO pro-UMNO, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia.

Abdul Rahman Dahlan telah dengan begitu pantas mendapatkan bahan yang belum disokong kesahihannya untuk mengadakan sidang-sidang media untuk mengutuk Sarawak Report, yang telah secara berterusan selama beberapa bulan mengeluarkan artikel-artikel bersiasatan berhubung kehilangan wang berbillion-billion ringgit dari dana pembangunan 1MDB.

Abdul Rahman Dahlan – memilih-milih pembawa berita untuk dikutuk

Abdul Rahman Dahlan – memilih-milih pembawa berita untuk dikutuk

Walaupun selepas diberi amaran oleh ahli-ahli partinya sendiri bahawa Lester terkenal sebagai watak yang tidak jujur dan tidak boleh dipercayai di Kuching, Rahman membidas dengan mengatakan bahawa para pengkritik tidak seharusnya “menembak si pembawa berita”.

Sebaliknya Rahman telah memilih untuk ‘menembakl’ Sarawak Report, dengan menyekat laman web itu berdasarkan penilaian bahawa tuduhan-tuduhan Lester itu “terbukti” menerbitkan “pembohongan yang ketara”.

Maka dengan dilindungi oleh menteri itu sendiri, yang sanggup menyekat beberapa media yang lain di samping mempromosikan yang lain, Lester seterusnya telah muncul dengan bukti bervideo, kebanyakan kandungannya bercanggah dengan pengakuannya yang terdahulu.

Khususnya, Lester telah memberitahu penemubualnya mengenai seorang pencipta bahan bukti palsu dan pakar penipuan atas taian, yang menurut Lester, Sarawak Report telah mengupahnya untuk mencipta banyak bukti berdokumen berhubung pendedahan kami ke atas skandal 1MDB.

Menurut Lester, 90% dari bukti-bukti kami ini adalah palsu belaka.

Dalam video itu Lester telah menamakan pakar pemalsuan. Namanya adalah James Steward Stephen, yang sebenarnya merupakan nama seorang bekas pelakon Hollywood James Steward.

Nama pakar pereka bukti palsu atas talian menurut video Lester

Nama pakar pereka bukti palsu atas talian menurut video Lester

Video itu seterusnya memparkan muka pakar pereka bahan bukti palsu yang dituduh oleh Lester sebagai membantu Sarawak Report mengeluarkan dokumen-dokumen palsu untuk mengutuk 1MDB dan Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak.

Tuduhan-tuduhan ini telah dilaporkan oleh portal atas talian Malaysian Mail dan banyak lagi portal media, termasuk wajah seorang jejaka di bawah dalam beberapa kes.

Wajah yang kononnya seorang ketua penyangak!

Wajah yang kononnya seorang ketua penyangak!

Sedihnya, semakan secara atas talian telah merujuk pada wajah seorang lelaki berbangsa Inggeris, James Steward (tanpa nama Stephen), yang bertugas sebagai pengurus kanan stesen sebuah syarikat bas, Abellio, yang berpengkalan di Norwich.

Gambar foto itu telah diangkat dari sebuah laman web di mana dia telah disebut sebagai penceramah berkenaan kerjayanya, yang sebenarnya mengendalikan laluan pengangkutan bas di Timur England.

Pengurus Bas Ekspres Kebangsaan – namun sekurang-kurangnya dia boleh dikatakan sebagai graduan dalam IT!

Pengurus Bas Ekspres Kebangsaan – namun sekurang-kurangnya dia boleh dikatakan sebagai graduan dalam IT!

James Steward dan pasukan medianya di syarikat Abellio tidak sedikit terusik apabila Sarawak Report menghubungi mereka awal petang ini untuk mendapatkan reaksi mereka berkenaan tuduhan-tuduhan Lester Melanyi.

Di bawah apa jua keadaan sekalipun, ingin kami cadangkan bahawa di badut Lester Melanyi dan juga UMNO meminta maaf pada James Steward kerana telah menuduhnya sebagai penipu. Kami juga mengesyorkan bahawa mereka harus memperbaiki kesilapan mereka itu.

Dan mungkin Lester boleh menjelaskan pembohongannya juga?

Yang palsu adalah Lester Melanyi semata-mata!

Yang palsu adalah Lester Melanyi semata-mata!

Satu lagi dakwaan meleset yang dikeluarkan oleh si badut Lester ini adalah bahawa Sarawak Report telah mengirimkannya “salinan-salinan awal” artikel-artikel kami untuk dia tuliskan semula sebelum kami menerbitkannya.

Lester yang tanpa pekerjaan lagi itu mendakwa dirinya pernah menerima upahan yang lumayan aripada Sarawak Report yang telah diberikan salinan artikel mendahului penerbitan

Lester yang tanpa pekerjaan lagi itu mendakwa dirinya pernah menerima upahan yang lumayan aripada Sarawak Report yang telah diberikan salinan artikel mendahului penerbitan

Untuk bermegah dengan video itu Lester menayangkan paparan skrin bulletin-buletin berkala kami, yang kami hantar kepada 7,000 pelanggan laman web kami, yang telah meminta diberitahu berkenaan setiap terbitan baru kami.

Ini bermakna lebih 7,000 pelanggan kami akan tahu bahawa Lester itu bercakap mencarut.

Lester mengeluarkan terbitan berkala yang diterimanya sebagai bukti, sama seperti yang diterima oleh 7,000 pelanggan yang lain

Lester mengeluarkan terbitan berkala yang diterimanya sebagai bukti, sama seperti yang diterima oleh 7,000 pelanggan yang lain

Maka Sarawak Report ingin bertanya bagaimana mereka yang menemubual Lester telah membenarkan mereka menerbitkan video yang penuh fitnah itu dengan memperjudikan publisiti kebangsaan dan antarabangsa, tanpa memeriksa pekrkara asas terlebih dahulu?

Dan bagaimana seorang menteri dalam kerajaan telah membuktikan bahawa dia seorang yang tidak cekap, tanpa menyemak semula terlebih dahulu bahan-bahan mereka, tetapi enggan mendengar amaran dari ahli partinya bahawa Lester itu bukanlah orang yang boleh dipercaayaai.

Tidak ramai pihak menyedari bahawa video-video seperti itu kini akan mencetuskan kes-kes salahlaku jenayah.

Rakan Lester?

Rakan Lester?

Lester telah merintih bahawa ahli MP pembangkang terbabit dalam kononnya sebuah konspirasi untuk menumbangkan Perdana Menteri dan telah berjumpanya sebagai sebahagian dari rancangan jahat itu.

Nama-nama yang dia kemukakan adalah jurucakap parti DAP Tony Pua, yang belum pernah mendengar nama Lester yang berasal dari Kuching dan mengumumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung fitnah.

Lester juga menyebut dalam video itu bahawa dia pernah bertemu Xavier Justo beberapa kali dan menjadi sabjek kempen fitnah yang dirancang secara berasingan untuk ahli-ahli UMNO yang setia pada Perdana Menteri.

Lester telah terkeluar skrip dalam kenyataannya mengenai Justo dan mengatakannya sebagai “seorang yang bail” yang tidak mungkin akan mengganggu apa-apa.

Dalam pada UMNO tetap mempercayai Lester, mereka juga harus melobi untuk membebaskan Justo dari penjara Thailand, bukan terus menutupnya!

Dalam pada UMNO tetap mempercayai Lester, mereka juga harus melobi untuk membebaskan Justo dari penjara Thailand, bukan terus menutupnya!

Kerja-kerja “mengganggu” itu dilakukan oleh seorang penipu yang tidak pernah wujud, James Steward Stephen, menurut Lester.

Dalam apa jua kes sekalipun, bolehkah menteri dari Malaysia, yang amat percaya pada cerita Lester, bertindak sekarang untuk membebaskan Justo dari penjara Thailand, yang telah ditahan tanpa perbicaraan, kerana kerajaan Malaysia menuduhnya “mengganggu” dokumen-dokumen yang boleh merosakkan nama Perdana Menteri?

Para promoter video Lester didapati kurang ambil peduli bahawa ceritanya sering berubah-ubah apabila pembohongan ditunjukkan.

Dua hari yang lalu Lester mendakwa dirinya pernah berkunjung ke London sejak 2012 hingga 2014, bekerja dan menerima gaji sebanyak $6,000 sebulan daripada Sarawak Report!

Tetapi kami ingin menunjukkan bahawa dia telah dihantar pulang pada awal 2011 setelah bekerja sekejap dengan Radio Free Sarawak.

Ramai dari kalangan penduduk Kuching telah mula menyedari Lester merupakan seorang bekas wartawan yang telah menjadi muflis dan bergerak ke pelbagai tempat semenjak tiga tahun lalu, dan sering mengubah ceritanya.

Maka dalam video yang terkininya itu Lester mendakwa dia pernah bertemu dengan Xavier di London “dua atau tiga tahun lalu” semasa dia di sana dahulu. Cerita ini sukar dipercayai.

Sebenarnya ianya berlaku empat tahun lalu Lester

Sebenarnya ianya berlaku empat tahun lalu Lester

Kecuaalilah, di sini tiada alasan bagi sesiapa untuk percaya bahawa Lester pernah bertemu Justo lebih dari dia bertemu Tony Pua.

Dalam usahanya memperlekehkan setiap orang yang mendedahkan skandal 1MDB dia juga dilihat cuba menyelamatkan anak tiri PM, Riza Aziz.

Dari banyak artikel yang ditulis Sarawak Report berhubung 1MDB Lester telah memilih satu yang dapat dia beritahu kepada pembaca bahawa ianya adalah palsu.

Ini adalah artikel yang kita tulis untuk mendedahkan rumah mewah Riza Aziz di Beverly Hills, yang diserahkan kepadanya oleh seorang ahli perniagaan berkontroversi yang dikaitkan dengan 1MDB, Jho Low.

Dia tidak tahu mengenai rumah itu, kata Lester secara kabur, tetapi dia boleh mengatakan bahawa cerita itu tidak benar.

“Artikel palsu” mengenai rumah mewah milik Riza Aziz, yang dilawati Sarawak Report di Hollywood

“Artikel palsu” mengenai rumah mewah milik Riza Aziz, yang dilawati Sarawak Report di Hollywood

Sedihnya bagi Lester dan rakan-rakannya bahawa mereka juga menuduh New York Times sebagai memutarbelitkan cerita itu.

Kerana NYT telah mengesahkan bahawa hartanah itu milik Riza Aziz dan pada asalnya dimiliki oleh Jho Low.

Dalam video yang seterusnya, Lester harus ingat untuk menambahkan NYT ke dalam senarai nama perancang konspirasi dan juga pengganggu bukti sebagai kemudahan dalam plot untuk berbohong mengenai kehilangan wang berbillion-billion ringgit dari 1MDB.

Sarawak Report dapat menentukan bahawa UMNO bukan sahaja telah merompak negeri sendiri malah mereka telah bersikap memalukan dengan memperagakan orang seperti Lester Melanyi.

Dengan jaguh kampung seperti si Abdul Rahman Dahlan, Lester Melanyi dan ‘RPK’, Perdana Menteri harus melupakan niatnya memusuhi sesiapa.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments