Lembaga Pengarah 1MDB Yang Marah Menuntut Jho Low Mengembalikan US$700 Juta Lima Hari Selepas Usahasama Dimeterai!

Pengeruai Mohd Bakke Salleh meletak jawatannya serta-merta kerana malu

Pengeruai Mohd Bakke Salleh meletak jawatannya serta-merta kerana malu

Kini Sarawak Report telah menerima sebuah hasil pengadilan mengejutkan mengenai pendedahan-pendahannya pada 1MDB menerusi pengeluaran Minit-Minit Mesuyarat Lembaga Pengarahnya, yang telah cuba disembunyikan oleh Perdana Menteri Najib dan juga para pegawai eksekutif 1MDB selama beberapa bulan.

Minit Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah yang diadakan pada hari Sabtu di bulan Oktober 2009 itu, sebaik sahaja selesai pemeteraian perjanjian usahasama dengan PetroSaudi, mendedahkan bahawa para Pengarah mereka amat marah apabila mengadu tentang bagaimana US$700 juta telah disedut keluar dari sejumlah US$1 billion wang pelaburan syarikat itu untuk keperluan dalam usahasama itu.

Tahap rasa risau dan marah ahli-ahli Lembaga itu memaksa mereka menuntut suatu usaha untuk mempastikan bahawa wang itu harus dikembalikan kepada mereka!

Dapatkan balik wang kita itu! – suatu tuntutan yang belum pernah diminitkan

Dapatkan balik wang kita itu! – suatu tuntutan yang belum pernah diminitkan

Kenyataan oleh Lembaga 1MDB seterusnya mengesahkan dakwaan oleh Bank Negara Malaysia pada minggu lepas bahawa wang yang dilaburkan dalam usahasama itu tidak digunakan seperti dipersetujui.

Namun, walaupun dengan komen-komen marah dari ahli-ahli lembaga pengarah mereka, CEO Arul Kanda, telah selama berminggu-minggu tetap mengatakan bahawa laporan-laporan kami berhubung perkara itu sebagai mengelirukan dan bahawa tiada apa yang ganjil pada urusniaga pada usahasama itu.

Hakikat ini telah menyebabkan Pengerusi Lembaga Pengarah, Mohd Bakke Salleh, yang merupakan tokoh korporat paling kanan di Malaysia, berundur dari jawatannya, yang turut diikuti oleh seorang lagi Pengarah mereka, Azlan Mohd Salleh.

Beberapa siri minit mesyuarat yang telah kami perolehi kini menunjukkan pola peengkaran perintah Lembaga yang disengajakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan 1MDB.

Para pengkritik percaya bahawa mereka telah mengikut arahan dan perintah dari sumber yang lain, dijangkakan daripada Menteri Kewangan/Perdana Menteri, yang kami tahu kini merupakan orang yang secara rahsia diberi kuasa untuk menandatangani segala keputusan pelaburan.

Minit-minit mesyuarat itu jelas menunjukkan bahawa pihak Lembaga mendakwa mereka tidak dimaklumkan dengan jelas dan telah dikelirukan dengan pemindahan US$700 juta ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Jho Low.

Tidak dimaklumkan

Tidak dimaklumkan

Kini kami tahu dari minit-minit 18hb Septeber bahawa semua ahli Lembaga Pengarah 1MDB telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka apabila syarikat PetroSaudi tidak berhasrat untuk membawa sebarang wang ke dalam usahasama itu, melainkan suntikan aset-aset sahaja.

Lembaga Pengarah telah mencapai resolusi bahawa PetroSaudi harus menyuntikkan “sekurang-kurangnya” US$1 billion wang tunai untuk memperlihatkan saham 60% mereka pada syarikat itu.

Namun pada 3hb Oktober minit-minit itu menunjukkan bahawa Lembaga Pengarah menyedari bahawa tuntutan-tuntutan mereka itu telah diabaikan. PetroSaudi telah dibiarkan tidak berbuat apa-apa selain menyuntikkan “aset-aset” ke dalam usahasama itu.

Pada mesyuarat itu para pengarah telah dikejutkan sama ada semakan menyeluruh telah dibuat untuk mempastikan aset-aset itu asli atau sebaliknya.

Secara bersignifikannya minit-minit itu telah merakamkan soalan-soalan daripada ahli-ahli Lembaga Pengarah kenapa urusniaga telah berlalu dengan begitu pantas, apabila mereka faham bahawa suatu penilaian menyeluruh harus dilakukan ke atas apa yang ada pada PetroSaudi, hanya dalam masa dua minggu sahaja dan bukannya enam bulan!

Kenapa perlu terburu-buru?

Kenapa perlu terburu-buru?

Ini adalah isu-isu spesifik yang cuba dikupas oleh Sarawak Report dan banyak lagi media yang lain selama beberapa minggu ini dan pada sering kali, CEO Arul Kanda akan menafikan rasa risau kami dan berusaha untuk tidak mempedulikan bahan-bahan bukti kami.

Kini kami menyedari bahawa Lembaga Pengarah 1MDB telah membahaskan isu-isu yang sama mulai saat perjanjian itu dimeterai tanpa kebenaran mereka.

Berbaloi untuk menyatakan bahawa kepantasan urusniaga dalam 1MDB menjadikan suatu norma dan lumrah bagi syarikat mereka.

“Usahasama berstrategi” 1MDB/Aabar yang telah dimeterai dengan tergesa-gesa pada 12hb Mac 2013, setelah 1MDB menerbitkan US$3 billion hanya dalam masa satu minggu.

Pihak bank Goldman Sachs telah mengenakan yuran perkhidmatan sebanyak US$300 juta hanya untuk khidmat mencari wang pinjaman sejumlah itu dan memberikan alasan bahawa klien mereka itu inginkan wang dengan segera.. Ramai orang tertanya-tanya kenapa mereka harus terburu-buru untuk mendapatkan wang bagi tujuan cadangan projek membina Tun Razak Exchange, apabila sudah lebih dua tahun setengah hanya sedikit saha kerja yang dijalankan?

Seperti pernah dilaporkan oleh Sarawak Report, dua hari selepas wang itu diterbitkan, sejumlah US$681 juta telah dipindahkan masuk ke dalam akaun Menteri Kewangan/Perdana Menteri daripada “seorang dermawan tanpa dinamakan” untuk, kononnya, menyokong kegiatan pilihanraya umum yang telah diumumkan beberapa hari kemudiannya.

Sekali lagi pinjaman itu bertukar menjadi bencana kewangan pada 1MDB, yang akhirnya telah kehilangan wang yang banyak pada bayaran-bayaran yang tidak diperincikan dengan sempurna, maka menjadikan hutangnya menggunung.

Minit mesyuarat 3hb Oktober itu juga mengesahkan kerisauan yang telah kami laporkan berhubung penilaian ke atas aset-aset PetroSaudi yang dijalankan oleh pakar perbankan US, Ed Morse. Arul Kanda mungkin telah mengabaikan perkara ini apabila ianya dibangkitkan oleh pihak pembangkang, namun pihak Lembaga Pengarah telah menjadi begitu terkejut pada keadaan di mana berbillion-billion dollar yang telah dikeluarkan begitu sahaja tanpa penilaian dan semakan.

Bayangkan, bertanya mengenai semakan selepas melepaskan berbillion-billion dollar begitu sahaja!

Bayangkan, bertanya mengenai semakan selepas melepaskan berbillion-billion dollar begitu sahaja!

Bahagian iv dari minit-minit itu jelas menunjukkan bahawa pihak Lembaga telah terpaksa menuntut daripada pihak pengurusan di mana mereka menjalankan beberapa semakan asas ke atas urusniaga SELEPAS mereka membuat pembayaran itu!

Pada hakikatnya CEO Shahrol Halmi telah melaksanakan peranannya. Wang itu telah dikeluarkan dari 1MDB dan dimasukkan ke dalam akaun Good Star dan tidak dikembalikan lagi.

Menurut minit-minit mesyuarat 3hb Oktober itu Lembaga Pengarah sedar bahawa US$700 juta telah dirampas dari dana awam menerusi rompakan Jho Low PetroSaudi di abad ini.

Apa yang cuba mereka katakan adalah keseluruhan usaha pemeteraian itu telah dilakukan di belakang mereka dan tanpa pengetahuan mereka!

Minit-minit mesyuarat 18hb September jelas menunjukkan bahawa Lembaga itu telah diberitahu bahawa pemeteraian yang dirancangkan itu adalah pada 28hb bulan yang sama – mereka telah dimaklumkan oleh Casey Tang bahawa Raja Abdullah sendiri akan diperlukan untuk menurunkan tandatangan di-Raja baginda dalam dokumen-dokumen itu.

Pihak Lembaga tahun bahawa pemeteraian itu akan dijalankan di pertengahan September, walaupun terdapat desas-desus tiada sebarang penilaian dijalankan sebelum bulan Mac

Pihak Lembaga tahun bahawa pemeteraian itu akan dijalankan di pertengahan September, walaupun terdapat desas-desus tiada sebarang penilaian dijalankan sebelum bulan Mac

Namun minit-minit mesyuarat 16hb September juga menunjukkan bahawa Lembaga menuntut agar pihak PetroSaudi menjanjikan wang tunai selain menyebutkan aset-aset untuk membolehkan urusniaga itu diteruskan.
Dari minit-minit mesyuarat berikutnya iaitu pada 3hb Oktober kita boleh merumuskan bahawa pihak Arab Saudi hanya membayar menggunaka aset-aset, maka pihak Lembaga telah memberikan respon mereka bahawa tarikh pemeteraian itu harus dilanjutkan setelah semua aset itu disemak dan dinilai (bukannya sebelum bulan Mac itu).

Jika benar, permintaan pihak lembaga telah diabaikan oleh kuasa-kuasa yang memacu usahasama itu, termasuk Jho Low, ‘Bos Besar’ iaitu Perdana Menteri dan tokoh-tokoh lemah dalam pengurusan 1MDB.

Sepertimana yang kita ketahui, tiada satupun permintaan pihak Lembaga itu telah ditunaikan.

Pengerusi asalnya telah meletak jawatan dan digantikan dengan agen kepada Perdana Menteri sejak berada di Kementerian Pertahanan bersama Najib, Lodin Wok Kamaruddin yang telah mengenepikan setiap urusniaga 1MDB tanpa kerenah.

Perdana Menteri yang baru telah mendapat lebih kekebalan daripada para pembuat keputusan dalam 1MDB – lagi mereka bukanlah pembuat-pembuat keputusan yang sebenarnya, seperti mana yang kita tahu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments