Para Pejuang Alam Sekitar Menuntut Jawapan Daripada Adenan Ketika KTS Terus Menerangkan Hutan Paya Gambut

Mengeringkan hutan paya gambut dan habitat hidupan yang unik ... syabas KTS

Mengeringkan hutan paya gambut dan habitat hidupan yang unik … syabas KTS

Dua pucuk surat uang diutuskan kepada Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem, awal bulan ini oleh kumpulan pencinta alam sekitar “Friends Og The Orangutans (FOTO)” telah menggesa Kerajaan Sarawak untuk menghentikan serta-merta pemusnahan hutan paya gambut di Sibu oleh BLD Plantation Berhad milik KTS.

Ini diikuti dengan mesyuarat awal antara organisasi-organisasi pencinta alam sekitar dan Adenan Satem, memintanya untuk menghentikan kegiatan-kegiatan pemusnahan oleh BLD.

Lagi pun Sarawak kini merupakan satu-satunya negeri di dunia yang belum lagi mengharamkan amalan pemusnahan berskala besar ini, dilakukan di hadapan Adenan yang cuba mempersembahkan dirinya sebagai penjaga alam sekitar Sarawak.

Dalam surat-surat mereka itu, FOTO menyenaraikan beberapa siri rasa risau mereka termasuk kesan serius akibat kehilangan biodiversiti dan habitat hidupan di samping pengeluaran kira-kira 37 juta tan gas CO2 ke dalam atmosfera sepanjang proses itu.

Potensi pelanggaran hak tanah komuniti-komuniti tempatan oleh pihak BLD juga merupakan kerisauan utama.

Pada bulan Julai tahun ini, Adenan telah mengisytiharkan bahawa tiada lagi pembukaan ladang-ladang baru. Tiada lagi pencerobohan, penerangan hutan semulajadi kepada perladangan, maka ramai pihak merasa amat kecewa kerana Adenan telah membenarkan BLD untuk terus bekerja.

Beberapa bulan lalu, FOTO telah menjilidkan kajian menyeluruh dan analisa untuk menyokong kes mereka, kesemuanya telah dikemukakan kepada Ketua Menteri, di samping sebuah petisyen yang dimulakan oleh kumpulan pejuang alam sekitar, Rainforest Rescue dari Jerman, yang telah berjaya mengumpul lebih 100,000 tandatangan dalam masa dua minggu sahaja.

Kawasan yang dilesenkan kepada BLD di Sibu, Sarawak – peta ikhsan daripada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

Kawasan yang dilesenkan kepada BLD di Sibu, Sarawak – peta ikhsan daripada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

BLD Plantation merupakan anak syarikat kepada syarikat kroni pembalakan yang rakus Sarawak, KTS Group. Menurut laporan berkaitan alam sekitar, KTS pernah ditangkap memusnahkan hutan-hutan Amazon selain dari di Borneo sendiri.

Kroni kepada BN dan Pengerusi BLD/KTS Henry Lau Lee Kong

Kroni kepada BN dan Pengerusi BLD/KTS Henry Lau Lee Kong

Adenan telah bekerja keras sejak beberapa lama untuk membersihkan imej negatif bahawa bekas Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah menyerahkan jawatannya kepadanya, dengan membuka ruang baginya untuk bekerja dengan kumpulan-kumpulan pencinta alam sekitar.

Dia juga pernah menghadiri mesyuarat dengan para NGO dan media (termasuk Sarawak Report) di London untuk menjawab soalan-saolan dan membincangkan kerjasama masa akan datang.

Tetapi yang memalukan Adenan, Pengerusi BLD Plantation sendiri, Henry Lau Lee Kong adalah salah seorang dari delegasi itu.

Kini para NGO itu dibiarkan tertanya-tanya sama ada pembisuan Adenan dalam perkara ini adalah disebabkan hubungan selesanya dengan Henry Lau itu.

FOTO telah bertemu dengan Pengerusi BLD/KTS Henry Lau Lee Kong untuk menyatakan rasa risau mereka, namun sehingga kini mereka belum lagi menerima sebarang respon pada permintaan mereka itu:

– BLD harus menghentikan pemusnahan kawasan hutan paya gambut
– Melaksanakan dasar ‘Tiada lagi penebangan, Tiada tanah gambut dan tiada Eksploitasi’ yang juga merangkumi para pembekal dan anak-anak syarikat mereka.
– Memulihara sebuah kawasan hutan paya gambut sekurang-kurang sama dengan kawasan yang telah diterangkan oleh BLD Plantation.
– Menyelesaikan koflik dengan komuniti-komuniti tempatan

Parit yang baru dibina dalam kawasan yang diterangkan oleh BLD Plantation – gambar ihsan FOTO Malaysia

Parit yang baru dibina dalam kawasan yang diterangkan oleh BLD Plantation – gambar ihsan FOTO Malaysia

Dalam bulan Jun tahun ini, BLD Plantation telah mengumumkan rancangan-rancangan mereka untuk membuka 14,000 hektar kawasan paya gambut di Sibu dalam masa dua tahun akan datang.

Jika mereka tidak dihalang, kata FOTO “BLD Plantation akan menyebabkan kesan serius pada alam sekitar khususnya terhadap cuaca, dengan mengeluarkan 37 juta tan gas CO2 ke dalam atmosfera sepanjang proses itu.”

Yang mengejutkan, menurut NGO itu lagi, dari 30hb Jun hingga 18hb September 2015, sejumlah lebih 11 hektar sehari telah diterangkan. BLD telah menebang sekitar 10,600 hektar daripada keseluruhan plot 20,466 hektar sejak mereka dilesenkan pada 2000.

Kumpulan NGO itu juga menunjukkan kesan negatif dari kegiatan BLD terhadap komuniti-komuniti tempatan di situ.

Peta penghutanan (merah) dan kemerosotan hutan (jingga) dari kegiatan dalam konsesi BLD dekat Sibu antara 2001 dan September 2015 – Data dijilidkan oleh Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

Peta penghutanan (merah) dan kemerosotan hutan (jingga) dari kegiatan dalam konsesi BLD dekat Sibu antara 2001 dan September 2015 – Data dijilidkan oleh Sarawak Dayak Iban Association (SADIA)

Henry Lau Lee Kong telah mengumumkan dalam bulan Jun tahun ini bahawa syarikatnya telah menerangkan hutan untuk membangunkan ladang kelapa sawit, di samping 6,000 hektar ladang kelapa sawit milik syarikatnya itu terletak di atas tanah paya gambut.

Kurang dari seminggu selepas pengumuman itu firma asas tani US, Bunge, ahli kepada RSPO, telah menggantung mana-mana kegiatan perniagaan asas tani yang baru dengan Kirana Palm Oil Refinery, milik penuh BLD Plantation, setelah menerima aduan dari kumpulan pejuang alam sekitar Forest Group. BLD Plantation juga merupakan sebuah pembekal kepada Kirana.

Menurut laporan terkini dari Wetlands International berkenaan kawasan paya gambut di Lembah Rejang, perparitan pada ladang-ladang di atas kawasan tanah paya gambut akan memburukkan lagi masalah banjir yang akan turut mendatangkan kesan buruk pada sosial, ekologi dan juga ekonomi.

Laporan ini mengetengahkan sebuah fakta bahawa kawasan konsesi BLD di Sibu itu terletak di sebuah kawasan di mana “kegiatan pertanian tetap tidak akan menguntungkan”.

Pada akhir bulan Oktober 2015, setelah ditekan, Presiden Indonesia Joko Widodo telah mengeluarkan arahan rasmi untuk menghentikan semua bentuk pembangunan di atas kawasan tanah paya gambut, termasuk konsesi-konsesi yang sedia ada di negaranya.

Adakah Adenan akan ikut jejak langkah jirannya itu?

Indonesia mengharamkan penerangan dan pembangunan kawasan tanah paya gambut yang kemudiannya dialu-alukan oleh komuniti pencinta alam sekitar.

Indonesia mengharamkan penerangan dan pembangunan kawasan tanah paya gambut yang kemudiannya dialu-alukan oleh komuniti pencinta alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen FOTO Malaysia menentang BLD Plantation, para pembaca boleh melayari laman web mereka [DI SINI]

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments