Kenapa Syarikat Good Star Milik Jho Low Harus Membayar Pegawai Eksekutif Tertinggi Khadem al-Qubaisi Dari Syarikat Aabar Investments USD$20.75 Juta?

Khadem al-Quubaisi berhibur di San Tro[ez
Khadem al-Quubaisi berhibur di San Tro[ez
Terdapat dua perbezaan perwatakan pegawai awam Abu Dhabi ternama, Khadem al-Quubaisi, yang selaku pengerusi dana kedaulatan Aabar, menurut maklumat menyeluruh yang telah disalurkan kepada Sarawak Report.

Sebagai contoh, semasa dia muncul di Kuala Lumpur pada 12hb Mac 2013 lalu, dengan memainkan peranan utama dalam projek pelaburan berbilion-bilion dollar yang menjadi bahan bualan bersama 1MDB, dia telah mengenakan pakaian tradisi Arabnya.

Dengan mengenakan jubah putih Arab dia mempersembahkan ciri seorang Muslim yang serius tetapi tenang.

Namun, dengan gambar-gambar fotonya yang kami terima, dia mendedahkan perwatakan di sebalik sifat eksekutif kanannya.

Di Las Vegas dan Selatan Peranchis dia kini dikenali sebagai seorang playboy super kaya, yang memiliki beberapa buah kereta sports mewah, tiga buah rumah jenis villa dan sebuah kapal layar mewah antara yang terbesar di dunia.

Khadem dalam peranannya sebagai pengurus tertinggi kewangan
Khadem dalam peranannya sebagai pengurus tertinggi kewangan

Khadem menggemari baju-t yang bermotif serba menarik yang menonjolkan grafik-grafik pejuang berterorisme. Dia memilik beberapa rangkaian kelab malam dan suka berkunjung ke kelab-kelab tarian punggung (lihat gambar berikut).

Namun Khadem merupakan salah seorang pengurus paling kanan kewangan dari Abu Dhabi.

Dia merupakan Pengerusi dalam Aabar Investment, sebuah anak syarikat utama dalam IPIC (International Petroleum Investment Company), sebuah yayasan kedaulatan kekayaan Abu Dhabi, di mana dia juga merupakan Pengarah Urusan.

Bosnya adalah Sheikh Mansour saudara kepada Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, yang turut bersama Khadem al-Quubaisi dalam kunjungan ke Puterajaya dalam tahun 2013 untuk memeterai perjanjian usahasama antara Emiriyiah Arab Bersatu dengan Malaysia.

Pengerusi Aabar Investments Khadem al-Quubaisi menghulurkan tangannya untuk berjabat (di sebelah kanannya adalah CEO Aabar, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, yang telah mendakwa dirinya sebagai pembiaya kos pengeluaran filem Wolf of Wall Street yang berjumlah $100 juta)
Pengerusi Aabar Investments Khadem al-Quubaisi menghulurkan tangannya untuk berjabat (di sebelah kanannya adalah CEO Aabar, Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, yang telah mendakwa dirinya sebagai pembiaya kos pengeluaran filem Wolf of Wall Street yang berjumlah $100 juta)

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telah mempastikan bahawa majlis sehari suntuk itu diraikan semeriah mungkin, memandangkan kedua-dua buah negara itu akan mendapatkan projek pelaburan berbilion-bilion dollar di Malaysia yang seharusnya dinikmati pada tetapan kadar 50:50, yang kononnya bakal menawarkan pekerjaan bergaji lumayan untuk ratusan ribu rakyat Malaysia.

Menurut laporan media yang diterbitkan dalam laman web rasmi 1MDB, media-media tempatan telah diberitahu bahawa negara-negara Arab telah berkomited untuk melabur tidak kuran RM39 bilion untuk Malaysia, RM18 bilion darinya merupakan pelaburan dalam usahasama bersama 1MDB.

Namun sebaliknya, dua tahun kemudian tiada satu senpun wang telah diperolehi oleh Abu Dhabi untuk usahasama ini.

Menurut jurucakap parti pembangkang, DAP, Tony Pua, sebanyak USD$3 bilion telah diterbitkan dalam bentuk pinjaman oleh 1MDB atas nama projek-projek, namun ianya tidak dipadankan oleh Aabar Investments. Dan dari jumlah wang itu, hanya separuh sahaja telah diakaunkan.

Pada hakikatnya, Aabar Investments telah sebenarnya menghisap kandungan dana dari 1MDB, bukannya menjalankan kegiatan pelaburan seperti diharapkan.

Khadem al-Quubaisi berseronok
Khadem al-Quubaisi berseronok

Sebagai contoh, seperti yang pernah dilaporkan oleh Sarawak Report dua tahun lalu, sebuah bond bernilai USD$1.75 bilion telah dikeluarkan bahawa ianya telah diterbitkan dalam bulan Mac 2012 ke dalam dana 1MDB untuk pembelian loji tenaga, Tanjong Energy, berakhir dengan nilai yang terlalu tinggi, kerana ianya dijamin bersama dengan Aabar Investment.

Dalam bulan Julai 2013 Sarawak Report telah menerbitkan butir-butir bon yang telah dikeluarkan, yang sehingga kini masih dirahsiakan.

Pendedahan ini bahawa terma-terma urusniaga yang disertai oleh 1MDB dengan Aabar itu amat menyakitkan hati.
Dengan kos yang dibabitkan terma-terma itu sukar untuk dijelaskan, kata para pakar dalam majalah The Edge, yang telah memeriksa perkara itu secara terperinci.

Bagi permulaan, dengan kadar faedah sebanyak 5.99%, ini bermakna keuntungan dari wang itu akan diperolehi dengan murah jika dilaburkan di tempat lain.

Perkara yang lebih luarbiasa adalah yuran 11% yang diisytiharkan dengan mentauliahkan bank Goldman Sachs International, apabila terdapat kadar biasa untuk urusniaga sedemikian yang dirundingkan di bawah 1%.

Dan terdapat satu lagi aspek yang luarbiasa pada pinjaman ini, yang mengakibatkan 1MDB kehilangan jumlah wang yang begitu banyak, menurut para pengkritik.

Adakah kita akan menjangkakan beginikah seorang pelabur Abu Dhabi akan berkelakuan di luar waktu pejabat?
Adakah kita akan menjangkakan beginikah seorang pelabur Abu Dhabi akan berkelakuan di luar waktu pejabat?

Ini merupakan satu pilihan yang diberikan kepada Aabar untuk membeli 49% dari loji tenaga itu sebagai balasan untuk menjamin pinjaman itu.

Apa yang mengejutkan adalag terma-terma urusniaga itu juga membenarkan Aabar menyimpan 45% dari keuntungan itu (bernilai RM9.2 bilion) dari pengeluaran bon yang dibiayai Malaysia, sebagai pampasan peranannya sebagai ‘rakan penjamin’.

Untuk mengeluarkan Aabar dari kedudukan merbahayaa ini 1MDB kemudiannya terpaksa membayar tidak kurang dari USD$250 juta, kata Tony Pua.
Majalah perniagaan The Edge telah menjalankan perkiraan dan mendapati bahawa perjanjian usahasama yang kabur ini mungkin melebihi USD$1 bilion.

Majalah itu juga mengandaikan Aabar menjadi penjamin bagi pembelian loji tenaga Genteng yang kedua pada bulan Ogos 2012 kemudiannya.

Rundingan urusniaga-urusniaga ini telah dibincangkan dan diputuskan oleh Lembaga Penasihat 1MDB dan termasuk Pengerusinya, iaitu Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.

Baju-t bermotifkan pejuang terorisme – selesa dipakai di Selatan Peranchis?
Baju-t bermotifkan pejuang terorisme – selesa dipakai di Selatan Peranchis?

Bersandarkan latar belakang ini Sarawak Report telah berjaya mendapatkan dokumen-dokumen yang menunjukkan bahawa syarikat Good Star Limited, Male, Seychelles, telah membayar sebanyak USD$20.75 juta ke dalam Edmund de Rothschild Private Bank (BPERE), Luxemberg di sebuah akaun milik sebuah syarikat yang dimiliki oleh Pengerusi Aabar, Khadem al-Quubaisi pada 20hb Februari 2013.

Pada awal bulan ini Sarawak Report mendedahkan bahawa Good Star merupakan sebuah syarikat yang dikawal oleh seorang peniaga muda Jho Low, yang dikaitkan rapat dengan PM Malaysia yang juga Menteri Kewangan, yang juga selaku Pengerusi Penasihat Lembaga Pengarah, 1MDB, Najib Razak.

Syarikat yang berpangkalan di Pulau Cayman ini beralamat di Seychelles telah menerima sejumlah USD$940 juta daripada USD$2.2 bilion yang sepatutnya dilaburkan dalam “syarikat hadaapaan”, PetroSaudi oleh 1MDB dalam tahun 2009/2010.

Sekadar memerhati atau mempengerusikan? Jho Low mengiringi isteri PM, Rosmah dan Putera Mahkota sempena kunjungan pada 12hb Mac 2012 pemeteraian perjanjian usahasama
Sekadar memerhati atau mempengerusikan? Jho Low mengiringi isteri PM, Rosmah dan Putera Mahkota sempena kunjungan pada 12hb Mac 2012 pemeteraian perjanjian usahasama

Kami memperincikan bagaimana Jho Low berperanan selaku pemacu keseluruhan urusniaga PetroSaudi dalam tahun 2009/1010.

Kami juga pernah menunjukkan bagaimana Jho Low yang mendakwa dirinya bertindak bagi pihak Perdana Menteri.

Maka, masihkah Jho Low memacu 1MDB ketika dana itu memasuki urusniaga pembelian loji tenaga dalam tahun 2012 dan menyertai usahasama Aabar pada bulan Mac 2013, dan jika masih mengapakah syarikatnya perlu membayar Vasco Investment Services, sebuah syarikat milik Khadem al-Quubaisi, USD$20.75 juta dalam bulan Februari 2013?

Selaku pengerusi Kumpulan Hakkasan, Khadem kini adalah pemilik sebuah kelab malam
Selaku pengerusi Kumpulan Hakkasan, Khadem kini adalah pemilik sebuah kelab malam

Beberapa bulan yang lalu Sarawak Report telah mengenalpasti banyak hubungan antara Aabar Investments dengan peniaga muda Malaysia, Jho Low.

Secara kebetulannya, banyak hubungan ini membabitkan 1MDB.

Abu Dhabi buat pertama kalinya muncul dalam konteks Jho Low sejak 20088, apabila syarikat hadapan Jho Low, Majestic Masterpiece, berminat dengan bak UBG milik keluarga Abdul Taib Mahmud.

UBG telah berjaya memujuk KWSP (yang dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, salah seorang dari mereka) untuk membeli dan mengambil alih saham dalam bank RHB pada harga lebih RM1.4 bilion dalam tahun 2007. Maka dengan itu, syarikatnya, CMS, ada wang yang cukup untuk dilaburkan.

Majalah The Edge telah memperincikan bagaimana Jho Low menawarkan untuk melaburkan wang itu dan kemudian menjual semula bank itu untuk mendapatkan keuntungan untuk Taib, setelah mendapatkan untung sebanyak sejuta daripada ahli politik Sarawak itu, dengan memujuknya untuk membeli sebahagian besar pegangan dalam projek Iskandar, dari mana dia telah mengambil satu saham, sebelum dia perlu membayar sebarang deposit.

Satu lagi baju-t kegemaran Khadem yang dia tidak perlu bagi jawapan kepada sesiapa
Satu lagi baju-t kegemaran Khadem yang dia tidak perlu bagi jawapan kepada sesiapa

Pemilik Majestic Masterpiece merupakan ssebuah syarikat penyamar ADKMIC Abu Dhabi-Kuwait Malaysia Investment Corporation, berpejabat di Abu Dhabi.

Keusahawanan yang samar-samar yang telah memiliki saham-saham berkuasa dalam bank-bank terbesar di Malaysia, keranaa ianya tidak pernah mengisytiharkan para Pengarah dan para pemegang saham-sahamnya.

Namun, setelah dikenakan tekanan, Jho Low yang berusia dalam lingkungan dua puluhan waktu itu membuat kenyataan dalam akhbar Star bahawa dia dan isterinya dari Yayasan Sultan Terengganu (di mana dana itu kemudiannya menjadi asas pada 1MDB) menyertai yayasan itu dan dia merupakan pemegang 10% dari saham yayasan, bersama dua orang rakyat Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu, Shiekh Sabah dan Yousef Al-Otaiba dan ‘beberapa orang lagi’.

Menurut suatu temubual, tidak lama selepas itu, dalam tahun 2008, bahawa Jho Low mendakwa dia telah bertanya pada Pengerusi Abu Dhabi Commercial Bank (ABDC) sama ada untuk membeli beberaapa saham pegangan KWSP dalam RHB, di mana ADCB tetap membelinya, untuk mengambil 25% saham dalam bank itu
Pada hakikatnya, ADCB kemudiannya meepaskan saham-sahamnya dalam RHB, menjualkannya dalam bulan Jun 2011 kepada Aabar Investments.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Najib Razak merupakan orang yang menonjol dalam majlis memeterai pindah urusniagaa itu, begitu juga Khadem al-Quubaisi, yang sekali lagi dilihat berjubah putih Arabnya.

Sarawak Report telah memperolehi bukti yang kuat untuk menyokong rumusan bahawa Jho Low terbabit dalam urusan pembelian RHB, yang membabitkan penjualan seperempat dari saham-saham dalam bank paling utama di Malaysia oleh salah sebuah kemudahan pengurusan kekayaan berdaulat Abu Dhabi, iaitu ADCB, kepada sebuah lagi anak syarikat IPIC, Aabar, yang dikendalikan oleh al-Quubaisi.

Penjualan seterusnya berkenaan pegangan itu telah segera diilhamkan dan kini sedang menjadi bahan bualan kerana dikendalikan dengan rancak oleh bank-bank di Malaysia, yang berhasrat untuk menyatukan kawalan ke atas RHB dan memerlukan kerjasama dari Aabar.

Bidaan bergabung untuk membeli hotel utama London, termasuk Claridge
Bidaan bergabung untuk membeli hotel utama London, termasuk Claridge

Pada masa yang sama juga, rundingan turut diadakan dalam bulan April 2011, Jho Low, 1MDB dan Aabar dilihat bergabung untuk cuba membeli rangkaian hotel ternama di London, Maybourne.

Keseluruhan prose situ telah diperincikan di mahkamah UK seperti yang pernah dilaporkan dalam Sarawak Report sebelum ini.

Bercanggah dengan dakwaan berulang Jho Low yang mengatakan bahawa dia tiada hubungan langsung dalam sebarang urusniaga dengan 1MDB, hakim British mengesahkan bahawa syarikatnya Wynton Capital membida sebanyak berbilion pound ke atas kumpulan hotel telah menerima surat sokongan terhadap kedudukanny dari 1MDB.

Hakim itu turut memperincikan bahawa Jho Low telah cuba membabitkan Aabar Investment ke dalam urusniaga itu dalam tiga bidaan dengan syarikat Barcklay bersaudara di UK, yang kemudiannya menarik diri kerana mereka tidak lagi berminat menjalankannya bersama Aabar Investment.

Ini dijalankan hampir dalam masa yang sama di awal 2011 apabila Aabar terbabit dalam pembelian saham-saham dalam bank RHB.

Sehingga 213 nampaknya Jho Low masih lagi berutusniaga dengan Aabar Investment.

Kita tahu, kerana syarikat milik jutawwan muda ini, Jynwell Capital berperanan sebagai penyokong ketika Aabar Investments membeli syarikat minyak Coastal Energy dari Kanada, yang amat berminat melabur di Timur Jauh.

Mengapa Jynwell dan Jho Low harus bermain peranan dalam pembelian yang dilakukan Aabar, apabila dana kekayaan berdaulat ini mempunyai sumber yang tidak terhad untuk mengambil-alih syarikat-syarikat seperti Coastal Energy adalah tidak jelas.

Namun Jho Low telah dilaporkan sebagaai rakaniaga dalam urusniaga itu, menerusi anak syarikat Jynwell, iaitu Strategic Resources (Global) Ltd (SRG).

Tarikan seperti yang diiklankan oleh Khadem, pemilik kelab malam Hakkasan di Las Vegas
Tarikan seperti yang diiklankan oleh Khadem, pemilik kelab malam Hakkasan di Las Vegas

SRG sebenarnya menggunakan nama yang menyerupai anak syarikat 1MDB yang kemudiannya diambil-alih oleh Kementerian Kewangan, yang dinamakan SRC.

SRC juga membabitkan sebuah usahasama dengan Aabar dalam bulan Disember 2001 yang dinamakan Aabar-SRC Strategic Resources Limited.

Kegiatan-kegiatan syarikat, yang telah terbabit dalam peminjaman wang dari Dana Persaraan awam Malaysia sebanyak RM4 bilion, telah dihadapkan banyak persoalan yang tidak berjawab, sejak akaun-akaunnya dikeluarkan dari akaun-akaun 1MDB menerusi pemindahan kepada Kementerian Kewangan.

Mengapa CEPSA memerlukan Jho Low dalam urusniaga ini?
Mengapa CEPSA memerlukan Jho Low dalam urusniaga ini?

Pembelian bersama ke atas Coastal Energy dalam pada itu telah dipikul oleh anak syarikat Aabar di Spanyol, CEPSA, yang telah membayar sebayank USD$2.2 bilion untuk syarikat itu.

Pada tahun 2010 Low mengatakan kekayaan keluarganya addalah ‘sederhana’, kini setelah menjadi semakin kaya dia menggelarkan dirinya seorang kapitalis generasi ke-tiga
Pada tahun 2010 Low mengatakan kekayaan keluarganya addalah ‘sederhana’, kini setelah menjadi semakin kaya dia menggelarkan dirinya seorang kapitalis generasi ke-tiga

Pengerusi CEPSA, yang telah menjadi anak syarikat IPIC dalam bulan Februari 2011 juga secara kebetulannya, Khadem al-Quubaisi.

Baru-baru ini Aabar telah bergabung dengan Jho Low iaitu pada bulan Oktober 2014 untuk membeli syarikat pengeluar kasut Reebok, seperti yang dilaporkan oleh blog-blog Kerajaan Malaysia sebagai dibiayai oleh yayasan Abu Dhabi.

Menurut media perniagaan urusniaga-urusniaga seperti itu merupakan pengambilaihan yang kompleks di mana Jho Low berperanan sebagai pelabur kecil, tetapi sebagai fasilitator utama bagi dana utama di Timur Tengah – dan bahawa pengendalian-pengendalian seperti ini telah banyak membantu keluarganya menjadi salah sebuah keluarga terkaya di Malaysia.

Jho Low bersama Riza Aziz dan rakannya Joey McFarland dari Red Granite dengan Pengarah filem Martin Sorcese yang mengeluarkan Wolf Of Wall Street
Jho Low bersama Riza Aziz dan rakannya Joey McFarland dari Red Granite dengan Pengarah filem Martin Sorcese yang mengeluarkan Wolf Of Wall Street

Maka, adakah sukar bagi Jho Low dan rakan karibnya Riza Aziz untuk mendapat publisiti, kerana bebudak dari Aabar sudah turut bersama mereka dan sama-sama merasakan kehangatan keadaannya?

Setelah beberapa bulan lamanya enggan mengenalpasti pembiaya pengeluaran filem Wolf Of Wall Street Riza Aziz, akhirnya syarikatnya Red Granite Pictures mengumumkan pada bulan Ogos tahun lepas bahawa wang biaya untuk filem itu datangnya dari Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny, seorang CEO dan orang paling kanan dalam syarikat Aabar Investment milik Khadem al-Quubaisi.

Namun persoalan yang masih belum berjawab adalah mengenai bagaimana Al-Husseiny boleh menggerakkan terlalu banyak pendapatan peribadinya untuk menyertai usahasama pengeluaran filem yang berisiko tinggi oleh pengeluar yang tidak diketahui kepakarannya?

Kereta Bugatti di Cannes milik al-Quubaisi – bernombor KAQ
Kereta Bugatti di Cannes milik al-Quubaisi – bernombor KAQ

Sementara itu, kejayaan dan kemewahan Pengerusi Aabar Investment itu sendiri telah meningkat secara mendadak, terutamanya sejak 2012, di mana kejayaan itu telah menerima banyak komen berkenaan Cte D’Azure di Peranchis – dan juga perniagaan-perniagaan bersifat hiburan di Las Vegas.

Al-Quubaisi sering dikatakan sebagai seorang usahawan dan juga seorang penjawat awam yang berperanan sebagai pengurus yayasan kerajaan.

Namun kebanyakan kegiatan awamnya dikaitkan dengan pengurusan dana rasmi awam selari dengan tugas-tugasnya dalam IPIC.

Maka, adalah amat menarik untuk mengetahui apakah kegiatan peribadinya yang mampu menjana pendapatan lumayan, sebagai contoh, pembelian sebahagian dari kapal layar mewah ke-lima terbesar di dunia, The Topaz, dengan harga USD$400 juta?

The Topaz – pembeli bermisteri dalam tahun 2012 dipercayai bos Khadem, Shiekh Mansour, namun dia juga telah membayar sebanyak puluhan juta ke atas kapal itu
The Topaz – pembeli bermisteri dalam tahun 2012 dipercayai bos Khadem, Shiekh Mansour, namun dia juga telah membayar sebanyak puluhan juta ke atas kapal itu

Atau pembeliannya ke atas apatmen paling mahal di New York, Walker Tower, pada nilai SD$50 juta?

Atau tiga buah villanya di Cote D’Azure?

Versi playboy Khadem al-Quubaisi adalah kegemerannya pada kereta-kereta mewah dan dia dikenali sebagai pemilik sekumpulan kereta mewah bernilai berjuta-juta dollar.

Salah sebuah keretaa mewahnya, menurut para pemerhati kereta di Selatan Peranchis adalah pasangan Bugatti, Vyron Super Sports.

Sebuah berwarna merah jambu dan sebuah lagi biru, kedua-duanya berlambangkan KAQ edissi khas yang menyerupai nombor plat Switzerland.

Mengendalikan salah sebuah dana kedaulatan terkenal di dunia sudah tentunya membuka ruang yang lumayan bagi perniagaan peribadi, yang diandaikan sebagai suatu kerjaya dalam perkhidmatan awam yang dibenarkan dalam perkhidmatan awam Abu Dhabi.

Dan dengan kemewahan dan selera yang baik terhadap berhibur, Khadem hampir sama selera dengan Jho Low – lagipun banyak urusniaga dalam Aabar yang mengenai urusniaga peribadi Jho Low.

Adakah Jho Low turut dijemput?
Adakah Jho Low turut dijemput?
Bintang pop Swizz Beatz dan Alicia Keys merupakan rakan berhibur Jho Low – di sini mereka menghadiakannya ‘Anugerah Malaikat Jibrail’ atas sifat dermawannya (dalam bentuk minuman champagne kepada artis-rtis yang kehausan?)
Bintang pop Swizz Beatz dan Alicia Keys merupakan rakan berhibur Jho Low – di sini mereka menghadiakannya ‘Anugerah Malaikat Jibrail’ atas sifat dermawannya (dalam bentuk minuman champagne kepada artis-rtis yang kehausan?)

Tidak menghairankan jika diketahui bahawa penggemar hiburan Hollywood berada di sekeliling Jho Low termasuk Leonardo di Caprio, bintang filem Wolf Of Wall Street milik Riza Aziz, turut bersama menaiki The Topaz ketika mereka berlayar ke Brazil untuk menonton Piala Dunia dulu.

Rakan karib Jho Low dari Abu Dhabi
Rakan karib Jho Low dari Abu Dhabi

Kini Jho Low mengatakan bahawa dialah yang memperkenalkan Di Caprio kepada Riza dan bahawa dengan peranan itulah dia telah diberikan penghormatan khas di akhir filem itu.

Namun rakyat Malaysia masih menunggu jawapan bagai mana Good Star, sebuah syarikat yang dikendalikan oleh Jho Low dan yang menerima dana berjuta-juta dollar disalurkan dari 1MDB, membayar jumlah wang yang amat besar kepada orang ini?

Ini merupakan kesnya, terutamanya hubungan rapat dana awam Khadem al-Quubaisi dengan 1MDB dan urusniaga-urusniaga peribadinya dengan syarikat peribadi milik Jho Low.

Berlagak sebagai super hero
Berlagak sebagai super hero.

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

Scroll to Top